Ph Meter

Harga RM180.00 / unit
Deposit : RM100.00

Ph meter akan sampai dalam masa 3 - 4 minggu.

berminat? hubungi mr adi 0138494242

Saturday

FAKTOR CAHAYA DAN TUMBUHAN DALAM TERNAKAN LINTAH (LEECH)

Faktor Cahaya

Tidak dapat dinafikan semua makhluk Tuhan di muka bumi memerlukan cahaya untuk kehidupan, pembiakan, tanpa cahaya semuanya akan mati, sebab asbab dari cahayalah proses fotosintesis bermula dan bermulah kitaran kehidupan.

Begitu juga dengan penternakan lintah, lintah juga seperti binatang binatang lain yang memerlukan cahaya matahari untuk hidup, membiak, makan. Lintah akan stress sekiranya dalam tangki kita tiada cahaya, pembiakan akan terbantut dan pembiakan yang kurang sempurna dan gagal.

Faktor Tumbuhan

Dalam sains, tumbuh tumbuhan merupakan salah satu medium untuk kehidupan haiwan akuatik iaitu haiwan dalam sungai / air. Sebab apa? sebab tumbuhan membekalkan oksigen didalam air, dan kandungan oksigen (DO) dalam air adalah penting untuk kehidupan dalam air samada untuk lintah, EM, bakteria bakteria lain dan juga haiwan akuatik yang lain. kekurangan oksigen didalam air boleh menganggu gugat haiwan akuatik tersebut.

Selain membekalkan oksigen, tumbuhan seperti keladi bunting membekalkan makanan untuk anak anak lintah, tempat anak anak lintah membesar, tempat persembunyian dari haiwan haiwan pemangsa.

Kesimpulan kajian

Hasil kajian yang saya buat, faktor cahaya dan tumbuhan didalam ternakan lintah adalah berkait rapat dengan pembiakan lintah dan kejayaan ternakan lintah. Ini merupakan faktor asas di dalam ternakan lintah.





SELAMAT MENTERNAK LINTAH

aiman

Artikel Terkait:

No comments:

Post a Comment